Hero Selamat DatangHero Selamat Datang

Selamat datang

World ID membuktikan dengan selamat dan tanpa nama bahawa anda ialah manusia dalam talian, bukan bot atau deepfake.

World mengutamakan manusia dalam era AI, membuktikan bahawa anda ialah manusia dalam panggilan video dalam talian, permainan, media sosial, janji temu dan banyak lagi.
Sertai counter manusia yang telah disahkan dengan World ID.

Bermula, dapatkan pengesahan

Langkah 1/3

Orb

Muat turun aplikasi World ID dan sediakan profil anda.

Langkah 2/3

sahkan

Dekati Orb sehingga berada pada jarak 30 cm/1 kaki dan ikuti langkah dalam aplikasi untuk membuat pengesahan.

Langkah 3/3

Terima World ID anda

Gunakan World ID anda yang telah disahkan dan buktikan bahawa anda ialah manusia unik dalam talian.

Tentang Orb

Orb ialah peranti sumber terbuka yang mengesahkan bahawa anda ialah manusia unik tanpa mengetahui sebarang maklumat lain tentang anda.

Ketahui lebih lanjut

Privasi anda di World

Data anda ialah milik anda dan berada di bawah kawalan anda. Tiada maklumat peribadi disimpan, malah nama anda juga tidak disimpan.

Ketahui lebih lanjut tentang World

World ialah standard baharu bagi kepercayaan dalam talian.

Soalan Lazim

Semasa cuba melakukan pengesahan menggunakan World ID di Orb, kadangkala anda mungkin melihat
mesej ralat dalam aplikasi World ID anda. Jika ini berlaku, sila cuba langkah-langkah yang diterangkan dalam artikel ini.

Bantuan pengesahan

Tidak, anda hanya perlu mengesahkan World ID anda di Orb sekali sahaja.

Untuk menggunakan World ID anda yang telah disahkan, anda hanya perlu membuka aplikasi World ID pada telefon anda apabila aplikasi atau laman web meminta anda membuktikan bahawa anda ialah manusia:

  1. Jika tersedia, anda akan melihat pilihan "Daftar masuk dengan World ID".
  2. Ketik pilihan itu dan aplikasi World ID akan terbuka secara automatik pada peranti mudah alih anda; atau, jika anda menggunakan komputer, anda akan diminta untuk menunjukkan kod QR kepada aplikasi World ID.
  3. Semak permintaan tersebut dan luluskan hanya dengan satu ketikan.

Anda boleh membuat sandaran akaun anda dengan mudah iaitu dengan memilih sandaran iCloud (iOS) atau Google Drive (Android) dalam aplikasi World ID.

Baca panduan langkah demi langkah

Anda mempunyai kawalan penuh terhadap data anda. Selepas anda mengesahkan bahawa anda ialah manusia, data tersebut disulitkan, dihantar ke telefon anda dan dipadamkan secara kekal daripada Orb.

Hanya telefon anda yang menyimpan data anda dan World ID anda. Anda boleh memadamkan data anda pada bila-bila masa dalam aplikasi World ID di bawah profil anda apabila anda mengetik Privasi dan Keselamatan.

Maklumat lanjut boleh didapati di world.org/privacy.

[18+] Individu berumur di bawah 18 tahun tidak dibenarkan menggunakan sebarang perkhidmatan World, termasuk mengesahkan World ID di Orb. Semasa proses pengesahan, anda akan diminta memasukkan tarikh lahir dan Orb akan menjalankan semakan umur secara automatik. Tarikh lahir anda digunakan untuk mengesahkan kelayakan dan tidak direkodkan atau disimpan.

Jika anda memasukkan tarikh lahir yang menunjukkan anda berumur di bawah 18 tahun atau jika Orb menentukan bahawa anda berumur di bawah 18 tahun, anda akan disekat daripada mengakses aplikasi World ID dan melakukan pengesahan di Orb. Jika anda percaya bahawa anda disekat secara tidak sengaja, anda perlu memberikan bukti umur tambahan (contohnya, dokumen pengenalan diri yang dikeluarkan oleh kerajaan) atau menghubungi Sokongan. Untuk panduan lanjut, sila lihat artikel ini.

Bantuan semakan umur